Game ni aku dah perhatikan sejak 2014 lagi. Konsep merompak bank dan first person shooter menarik minat aku. Namun, kerana harganye di Steam yg agak mahal iaitu RM38 membuatkan aku hanya mampu menelan air liur sahaja.
Setelah sekian lama akhirnya aku terfikitr satu cara nak main game ni .................
Dengan download cracked game iaitu game secara haram. Namun main secara crack ni, kurang
menarik kerana aku hanya boleh bermain dengan bot sahaja. Game ni amat mementingkan gameplay teamwork jadi, bila bermain keseorangan menjadi agak bosan.
Setelah mengumpul sejumlah duit, akhirnye mencukupi untuk membelinye secara 'halal' di steam. Malah aku sangat beruntung kerana ketika itu Steam Winter Sales sedang berlangsung. Aku berjaya membelinye sekali dengan downloadable content (DLC) yg kurasakan berbaloi.
Jadi apa yg menariknya tentang game ini????
Pertama, anda akan megawal karekter yg mana salah seorang daripada sekumpulan penjenayah yg terkenal di New York
Kedua,anda boleh bekerjasama dengan rakan anda atau pun dengan orang asing yg mana amat menyeronokan.
Ketiga, pelbagai jenis senjata boleh digunakan seperti AK-47, M16, Magnum Sniper Rifle dan M242.
Keempat, anda boleh mengubah suai karakter, senjata dan juga topeng yg mana menjadi ikon kepada game ini.
 |
Pelbagai jenis corak boleh ditambah kepada lebih 150 jenis topeng |
 |
Senjata juga boleh diubah suai |
Untuk main game ni anda memerlukan sekurang- kurangnya
MINIMUM:
- OS:Windows 7
- Processor:2 GHz Intel Dual Core Processor
- Memory:4 GB RAM
- Graphics:Nvidia & AMD (512MB VRAM)
- DirectX®:9.0c
- Hard Drive:31 GB HD space
- Sound:DirectX 9.0c compatible
RECOMMENDED:
- OS:Windows 10
- Processor:2.3 GHz Intel Quad Core Processor
- Memory:8 GB RAM
- Graphics:Nvidia & AMD (1GB VRAM)
- DirectX®:9.0c
- Hard Drive:45 GB HD space
- Sound:DirectX 9.0c compatible
Selamat mencuba